Dunia
Anthropic dahului OpenAI, fail sulit untuk IPO di Amerika Syarikat

Syarikat AI, Anthropic, mengumumkan pada 1 Jun lalu bahawa ia telah memfailkan dokumen sulit bagi IPO di Amerika Syarikat.
Langkah itu menjadikan syarikat pembangun chatbot Claude tersebut berada di hadapan pesaing utamanya, OpenAI, dalam perlumbaan untuk disenaraikan di pasaran saham.
Anthropic tidak mendedahkan jumlah saham atau nilai sasaran IPO, dan memaklumkan penyenaraian bergantung kepada kelulusan pengawal selia serta keadaan pasaran.
Pengumuman itu dibuat hanya beberapa hari selepas Anthropic berjaya mengumpul dana sebanyak AS$65 bilion.




