
Pempengaruh media sosial, Sam Lim, kini sah bergelar suami kepada Parisa Ardina dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung pada pagi Jumaat.
Dalam majlis tersebut, Sam Lim mencuri perhatian ramai apabila tampil segak memakai baju Melayu serba putih, sekali gus menjadi tumpuan di media sosial.
Perkahwinan itu turut mengundang pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada kenalan mereka, yang turut memuat naik foto dan video sekitar majlis berkenaan.




