Kempen Hell on Wheels PETA ‘hantui’ KL, dedah nasib ayam sebelum disembelih

Kempen “Hell on Wheels” oleh PETA berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini menggunakan trak khas dengan imej ayam berhimpit dalam sangkar menuju ke pusat penyembelihan.
Kempen bergerak ini bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa ayam bukan sekadar makanan, tetapi makhluk hidup yang mampu merasa takut dan stres.
Trak tersebut menjelajah beberapa lokasi termasuk sekitar Menara Berkembar Petronas, selain memainkan audio bagi menggambarkan keadaan sebenar haiwan semasa proses penghantaran.
Menurut PETA, kebanyakan ayam dalam industri daging disembelih seawal usia lima hingga tujuh minggu, selepas dibesarkan dalam keadaan sesak dan tidak sihat dan ada yang cacat fizikal akibat pembesaran tidak semula jadi.
Melalui kempen ini, PETA menggesa orang ramai mempertimbangkan gaya hidup berasaskan tumbuhan sebagai alternatif yang lebih berperikemanusiaan.




