Malaysia

Tiada bukti SPRM terlibat kes ‘mafia korporat’ – KPN

Siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan, siasatan masih di peringkat awal dengan beberapa individu dikenal pasti termasuk di dalam dan luar negara, sekali gus memerlukan kerjasama antara agensi serta kerajaan luar.

Terdahulu, polis menjalankan serbuan ke atas beberapa premis milik ahli perniagaan, Victor Chin bagi membantu siasatan, dengan dokumen turut disita.

Bagaimanapun, individu berkenaan menafikan penglibatan dalam kegiatan tersebut, manakala orang ramai diminta tidak membuat spekulasi sementara siasatan diteruskan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker