Malaysia

Dua juta rakyat Malaysia belum tebus bantuan SARA, perlu belanja sebelum 31 Dis

Kira-kira dua juta rakyat dewasa masih belum menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off, walaupun lebih 20 juta penerima sudah berbelanja setakat ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan, daripada lebih 22 juta penerima SARA one-off, sekitar 92 peratus telah menggunakan bantuan tersebut.

Beberapa negeri seperti Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kadar penggunaan hampir 100 peratus.

Kerajaan mengingatkan penerima bahawa baki perbelanjaan SARA bulanan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan dan menggalakkan penerima yang masih belum berbelanja supaya menyemak serta menggunakan kredit sebelum akhir tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker