Hiburan
Trauma disaman, Ajak belum sedia kembali aktif dalam komedi

Pelawak dan penyampai radio, Ajak mengakui dia masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia komedi kerana masih trauma selepas pernah disaman hampir RM30,000.
Menurutnya, keadaan industri komedi kini semakin mencabar dengan pelbagai batasan yang perlu dipatuhi, sekali gus menyukarkan pelawak menghasilkan bahan jenaka.
Ajak berkata dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya di radio dan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Panggung Suria baru-baru ini.




