Hiburan
T.O.P ‘comeback’ solo selepas 13 tahun, enggan sertai reunion BigBang?

T.O.P, bekas anggota BigBang, akhirnya kembali ke dunia muzik selepas 13 tahun buat pertama kali dengan album solo penuh bertajuk “Another Dimension” yang dilancarkan pada 3 April.
Ini adalah album solo penuh pertama T.O.P sejak single digitalnya pada 2013, menandakan kembalinya dia sebagai artis muzik setelah sekian lama.
Walaupun BigBang sedang merancang ‘comeback’ dan jelajah untuk ulang tahun ke‑20 mereka, T.O.P memilih untuk tidak sertai BigBang dalam aktiviti tersebut dan fokus pada kerjaya solo sepenuhnya.
Bekas rakan sekumpulan seperti G‑Dragon, Taeyang, dan Daesung dilihat memberikan sokongan kepada T.O.P di media sosial, tetapi tiada tanda rasmi bahawa dia akan kembali bersama BigBang buat masa ini.




