Malaysia
Indonesia pertimbang cadangan potong 25% gaji Menteri

Indonesia sedang mempertimbangkan cadangan memotong gaji menteri sebagai langkah mengetatkan fiskal, dengan perkara itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya, memaklumkan cadangan itu masih di peringkat awal tanpa sebarang keputusan dibuat dan bukan datang daripada pejabatnya.
Isu itu timbul selepas Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa, menyatakan tidak menolak kemungkinan pemotongan gaji sekitar 25 peratus, namun keputusan akhir bergantung kepada Presiden Prabowo Subianto.
Cadangan tersebut dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan termasuk kemungkinan pengurangan kos merentas kementerian dan agensi.




