Malaysia

Sidang Kemuncak ASEAN: Nahas kedua libat anggota JSPT, berlaku di Jalan Tun Razak

Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera ketika mengiringi konvoi delegasi Brazil sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Jalan Tun Razak, dekat susur keluar ke Jalan Kinabalu, pada Ahad.

Motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar sebuah kereta berhenti secara mengejut, menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan.

Rakaman insiden itu tular memaparkan anggota berkenaan terbaring berdekatan susur masuk ke WTC Kuala Lumpur sebelum dibantu rakan bertugas.

Motosikal mangsa mengalami kerosakan dan beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Ini adalah insiden kedua melibatkan anggota trafik yang mengiringi konvoi sidang kemuncak berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker