Malaysia
Tren sesak, wanita dakwa ditumbuk penumpang

Polis menyiasat dakwaan seorang wanita berusia 45 tahun ditumbuk seorang lelaki ketika menaiki tren Laluan Kelana Jaya, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Annas Sulaiman berkata, wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Menurut dakwaan wanita itu, kejadian berlaku antara Stesen Dato Keramat dan Jelatek kira-kira jam 6.30 hingga 6.40 petang ketika tren dipenuhi penumpang.
Dia mendakwa lelaki berkenaan menumbuk muka dan kepalanya tanpa diduga ketika berada dalam tren.



