Malaysia

Pelajar 14 tahun maut, dipercayai dibuli di asrama

Seorang pelajar Tingkatan Dua berusia 14 tahun meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa buli di asrama sebuah sekolah di daerah ini, malam tadi.

Muhammad Idlan Fareeq Shahril Shahriul ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), namun disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya akan memaklumkan butiran lanjut dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker