Malaysia

Bina kuil tidak sah: UKM bawa kes ke Limas Selangor

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membawa isu pembinaan kuil tidak sah di tanahnya ke Jawatankuasa Khas Agama (Limas) Selangor bagi mencari penyelesaian menyeluruh.

Universiti itu memaklumkan pendekatan berhati-hati dan berperingkat akan diambil tanpa tindakan tergesa-gesa, dengan keputusan tertakluk kepada pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri.

UKM turut menegaskan akan terus memantau perkembangan serta meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kekeliruan atau ketegangan.

Sebelum ini, perbincangan telah diadakan bersama kerajaan Selangor susulan isu tular berhubung pembinaan kuil di kawasan universiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker