Malaysia
Sekatan Selat Hormuz: Petronas jamin bekalan minyak negara mencukupi

Petronas memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara kekal mencukupi walaupun berlaku krisis di Asia Barat.
Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembelian panik atau menyorok bahan api kerana tindakan itu boleh menjejaskan keadaan bekalan.
Syarikat itu memaklumkan bekalan domestik disokong rantaian operasinya serta kerjasama anak syarikat, selain penguasaan pasaran hampir 50 peratus, dengan baki ditampung syarikat minyak lain.
Walaupun ketegangan global memberi tekanan kepada harga dan logistik termasuk pergantungan laluan seperti Selat Hormuz pengguna tempatan masih dilindungi kerana harga runcit bahan api dikawal kerajaan.



