Malaysia
Proton e.MAS EV nombor satu negara

PRO-NET, anak syarikat milik penuh Proton, mencatat pencapaian apabila Proton e.MAS muncul sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Malaysia.
Jenama itu kini menguasai pasaran dengan satu daripada setiap dua EV yang dijual pada 2026 merupakan model e.MAS, didorong permintaan tinggi dan penerimaan pengguna terhadap mobiliti elektrik tempatan.
Model e.MAS 5 menjadi EV paling laris dengan lebih 5,000 unit terjual dalam dua bulan pertama, malah turut tersenarai antara lima kenderaan paling laris di negara ini.
Dalam masa sama, model baharu e.MAS 7 PHEV turut mencatat lebih 3,500 tempahan dalam tempoh enam minggu, mengukuhkan lagi momentum Proton dalam pasaran EV tempatan.




