Malaysia

‘Ulat foto’ ghaib ketika Hannah Yeoh turun padang di KLCC

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh turun padang melakukan tinjauan mengejut terhadap kegiatan ‘ulat foto’ di sekitar Menara Berkembar Petronas, malam tadi.

Namun, situasi di lokasi berbeza apabila tiada kelibat ‘ulat foto’ dikesan sepanjang pemeriksaan dijalankan.

Tinjauan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fadlun Mak Ujud dan penguat kuasa DBKL di Jalan Ampang itu dibuat susulan aduan berterusan mengenai gangguan terhadap pelancong oleh jurugambar tanpa lesen.

Kegiatan tersebut sebelum ini dikaitkan dengan individu yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar berlatar belakang KLCC kepada pelancong tanpa kebenaran.

Terdahulu, pihak DBKL akan menambah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah pemantauan dan membendung aktiviti berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker