Malaysia

Dipukul senior guna getah paip, pelajar tingkatan dua maut

Seorang pelajar berusia 14 tahun maut selepas dipercayai dipukul dua pelajar senior di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada 25 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku selepas solat Maghrib ketika pelajar sepatutnya mengikuti sesi ulang kaji. Mangsa dipercayai dipanggil ke bilik pelajar senior dan diarahkan mengambil getah paip dari bilik air sebelum dipukul beberapa kali pada tapak kaki.

Mangsa kemudian diarahkan membuka baju sebelum dipukul menggunakan tangan pada bahagian depan dan belakang badan sehingga rebah.

Suspek cuba memberikan bantuan pernafasan sebelum menghubungi warden, namun mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan disahkan meninggal dunia.

Polis telah menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun dan menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, 68 saksi termasuk 51 pelajar, empat guru dan lima warden telah dirakam keterangan. Punca sebenar kematian masih belum ditentukan dan polis menunggu keputusan analisis sampel daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker