Lelaki mengamuk rosakkan cermin Axia gara-gara hutang tatu RM120

Seorang lelaki dipercayai tidak berpuas hati akibat hutang tatu bertindak merosakkan kenderaan dan mencetuskan pergaduhan di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Setia Alam, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Pemangku Senior Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, tindakan agresif suspek membawa kepada pergelutan membabitkan beberapa individu lain.
Dengan penggunaan senjata seperti senapang ikan, busur, kuku kambing dan batang ekzos motosikal.
Kejadian yang tular di media sosial itu turut mengakibatkan kerosakan pada beberapa kenderaan di lokasi berkenaan.
Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan empat lelaki berusia antara 26 hingga 28 tahun, semuanya berasal dari Sabah, serta merampas senjata dan kenderaan yang digunakan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.




