Lelaki ditumbuk sampai tersungkur, punca kerana salah faham

Seorang lelaki berusia 38 tahun ditumbuk sehingga terjatuh dalam satu kejadian pergaduhan di hadapan rumahnya di Titi Gajah, yang berlaku pada 20 April lalu kira-kira jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai perselisihan faham dengan isteri suspek dua hari sebelum kejadian.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan menerima rawatan di wad kecemasan selepas mengalami muntah dan pening.
Menurut polis, laporan kejadian itu diterima di Balai Polis Kepala Batas pada Rabu lalu. Setakat ini, rakaman percakapan mangsa, tiga saksi serta suspek telah dirakam dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.




