Malaysia

United Seasons terima pengiktirafan MBOR dengan pemasangan bumbung terpanjang, lebih 166 meter

United Seasons Sdn Bhd (UniSon) mencatat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records selepas berjaya memasang lembaran bumbung terpanjang di Malaysia sepanjang 166.49 meter di YLL Supply Chain Hub.

Rekod itu dicapai menerusi pemasangan Sistem Bumbung Jahitan Tegak KAWA KZ400 yang diperbuat daripada keluli keluaran NS BlueScope Malaysia di sebuah hab logistik dan rantaian bekalan moden di Rawang, Selangor.

Menurut Pengarah Urusan UniSon, SMP Dhanabalan, pencapaian berkenaan dianggap satu kejayaan penting kepada industri pembinaan negara, sekali gus membuktikan keupayaan teknikal tempatan dalam melaksanakan projek bumbung berskala besar.

Projek ini turut menonjol melalui kaedah pemasangan bumbung yang dilakukan terus di atas struktur bumbung, membolehkan tahap ketepatan dan kualiti pemasangan yang lebih tinggi serta mengurangkan risiko kerosakan bahan.

YLL Supply Chain Hub direka bagi menyokong operasi logistik berskala besar, justeru memerlukan sistem bumbung yang tahan lasak, berupaya merentasi jarak panjang dan cekap dari segi operasi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker