Malaysia

SWCorp pasang mata-mata pantau perbuatan buang sampah merata di KL

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini menggerakkan pegawai penguat kuasa berpakaian seperti orang awam bagi membanteras perbuatan membuang sampah secara lebih agresif, khususnya di lokasi panas yang sering menjadi tumpuan pesalah.

Operasi penguatkuasaan bukan sahaja dijalankan melalui rondaan fizikal, malah menerusi rakaman CCTV dan aduan orang awam.

Pesalah yang ditangkap akan terus dikenakan Notis Kesalahan (NPK), dirakam keterangan dan kertas siasatan dibuka sebelum tindakan pendakwaan diambil.

Pendekatan ini selari dengan dasar toleransi sifar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terhadap perbuatan membuang sampah, tanpa pengecualian termasuk warga asing dan kanak-kanak.

Pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat tahun ini menegaskan bahawa semua pihak tertakluk kepada undang-undang.

SWCorp menegaskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dilakukan secara adil dan telus di semua lokasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker