Malaysia

Jerebu semakin teruk, 33 kawasan catat IPU tidak sihat

Sebanyak 33 kawasan di beberapa negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini.

Menurut data APIMS, Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 176, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dengan 173 dan Nilai, Negeri Sembilan sebanyak 171.

Shah Alam turut merekodkan bacaan tinggi iaitu 170, manakala Pasir Gudang, Johor mencatat 169. Antara kawasan lain terjejas ialah Batu Muda, Putrajaya, Larkin, Seremban, Klang serta Indera Mahkota dan Balok Baru di Kuantan.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker