Malaysia
Malaysia sambut hari raya Aidiladha pada 27 Mei in

Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijah 1447 Hijrah.
Pengumuman rasmi itu dibuat pada Ahad malam menerusi siaran langsung televisyen nasional.
Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin berkata, pengisytiharan tersebut dibuat bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Beliau turut memaklumkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ditetapkan pada Isnin, 18 Mei.




