Malaysia

Tak puas hati rambut digunting, guru disiplin cedera ditumbuk sekumpulan pelajar

Seorang guru disiplin dipercayai cedera selepas ditumbuk sekumpulan pelajar dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, Perak. Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi pada Rabu itu didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar selepas rambut mereka digunting oleh guru berkenaan atas faktor disiplin sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah berkata, pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian tersebut sebelum sebarang kenyataan lanjut dikeluarkan.

Menurut beliau, semakan lanjut sedang dijalankan bagi mengesahkan maklumat yang tular berkaitan insiden itu. Katanya, jika dakwaan tersebut benar, tindakan menyerang guru adalah sesuatu yang tidak wajar kerana guru berperanan sebagai pendidik dan pembimbing kepada pelajar.

Khairuddin turut mengingatkan bahawa pelajar perlu menghormati guru walaupun terdapat perkara dalam proses pembelajaran atau tindakan disiplin yang tidak disenangi. Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkaitan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker