Tuanku Muhriz gugurkan Exco kerajaan Negeri Sembilan serta merta

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta pada 20 September.
Menurut Istana Negeri Sembilan, keputusan itu dibuat selepas semua Exco didapati memungkiri sumpah jawatan melalui tindakan dan kenyataan pada 15 September.
Ahli-ahli berkenaan telah masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lepas, sebelum dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.
Susulan keputusan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, perlu mengemukakan senarai calon Exco baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz.
Baginda turut menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan tanpa gangguan dan kepentingan rakyat terus dipelihara.




