Malaysia

Polis siasat mayat tidak berpakaian diikat di Seri Kembangan  

Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dengan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, petang Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad, mangsa memiliki rambut perang melepasi bahu, berketinggian kira-kira 144 sentimeter.

Mangsa juga dilaporkan memakai subang perak, gelang kain hijau merah dan mempunyai tatu di tangan kanan.

Setakat ini, warganegara mangsa masih belum dikenal pasti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker