Malaysia
Lelaki tanggal seluar, tunjuk kemaluan sehingga pelajar nangis ketika seminar di APU

Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa menunjukkan kemaluan dan melakukan perbuatan tidak senonoh ketika seminar pelajar sekolah menengah di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).
Kejadian itu menyebabkan seorang pelajar perempuan yang duduk bersebelahan menangis sebelum seorang guru campur tangan dan mengarahkan lelaki berkenaan keluar dari dewan.
Pengurusan APU memaklumkan lelaki terbabit tiada kaitan dengan universiti, sama ada sebagai pelajar atau kakitangan.
Seminar berkenaan dianjurkan oleh beberapa sekolah yang menyewa dewan universiti itu.
Siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana lelaki berkenaan boleh memasuki dewan bersama pelajar. Menurut polis, suspek dipercayai tidak waras.



