Malaysia

MOF buka portal cadangan Belanjawan 2026 untuk orang ramai

Kementerian Kewangan (MOF) membuka Portal Cadangan Belanjawan 2026 bagi menggalakkan rakyat menyumbang idea dan pandangan untuk penyediaan belanjawan negara tahun depan.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh ketelusan dan penyertaan awam dalam merangka belanjawan tahunan.

Ia turut disokong oleh penerbitan Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 yang menggariskan fokus utama kerajaan dalam belanjawan akan datang.

Belanjawan 2026 bakal menjadi yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan akan menumpukan kepada pembaharuan ekonomi melalui tiga teras utama: menaikkan potensi ekonomi negara, meningkatkan taraf hidup rakyat, serta memperkukuh tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan awam.

Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 yang dilancarkan Perdana Menteri turut menghimpunkan hampir 300 wakil pelbagai sektor sebagai platform awal untuk membentuk belanjawan yang inklusif dan mencerminkan keperluan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker