Malaysia

Ibu Zayn Rayyan kekal dipenjara lima tahun

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengabaikan anaknya.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan tiada keadaan khas yang membolehkan penangguhan hukuman dibenarkan.

Ismanira, 30, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Oktober lalu selepas didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Mahkamah turut memerintahkan Ismanira menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM3,000 serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam selepas tamat tempoh penjara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker