Wartawan sukan aktif kritik FIFA, FAM dipukul dan dirakam di Bangsar

Wartawan sukan yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Haresh Deol, diserang dua individu di Bangsar ketika menuju ke keretanya.
Seorang daripada mereka merakam kejadian menggunakan telefon bimbit. Haresh telah membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook mengesahkan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti suspek dan motif serangan.
Serangan berlaku selepas Haresh selesai berbincang dengan beberapa rakan dan ketika beliau berjalan bersendirian.
Haresh, sebelum ini secara konsisten mengkritik FIFA dan FAM kerana kegagalan tadbir urus, ketelusan, dan integriti dalam isu pemain naturalisasi.
Beliau menegaskan bahawa isu tersebut bukan sekadar teknikal tetapi melibatkan pemalsuan dokumen dan kegagalan institusi.




