Malaysia

Perkembangan banjir: Lebih 21,000 mangsa di 164 PPS setakat 9 pagi

Jumlah mangsa banjir di Semenanjung meningkat kepada 21,884 orang di 164 PPS setakat pagi ini.

Kelantan mencatat angka tertinggi dengan 9,669 mangsa di 53 PPS merangkumi lapan daerah. Perak pula menempatkan 4,330 mangsa di 43 PPS.

Di Selangor, jumlah menurun sedikit kepada 2,888 mangsa di 23 PPS, manakala Kedah merekodkan 2,855 mangsa di 18 PPS. Di Perlis, jumlah turun kepada 1,745 orang di 13 PPS.

Terengganu menempatkan 334 mangsa di 12 PPS, Pulau Pinang 44 orang di sebuah PPS, dan Pahang 19 orang di satu PPS.

Di Brickfields, tujuh penduduk dipindahkan susulan kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker