Malaysia
PRN Negeri Sembilan dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat – Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan tidak dijangka berlaku dalam masa terdekat, walaupun negeri itu kini berdepan krisis politik susulan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Menurut beliau, sebarang keputusan berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri bergantung kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta kedudukan semasa sidang DUN.
Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan isu berkenaan.




