Malaysia

Isteri hamil keguguran dipukul hingga cedera parah, suami direman 7 hari

Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki memukul isterinya yang sedang hamil sehingga wanita itu mengalami keguguran dalam kejadian di rumah mereka di Ambangan Heights, Khamis lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Azlan Basri. Mangsa yang ketika itu hamil 12 minggu, didakwa dipukul dengan penyangkut baju, hos getah, batang langsir dan penyapu sehingga batang penyapu tersebut patah.

Menurut abang mangsa, suspek turut menumbuk perut isterinya berkali-kali selain memukulnya sehingga tangan kiri dan beberapa jari patah, manakala wajah mangsa mengalami lebam teruk.

Mangsa juga disyaki mengalami patah tulang rusuk serta kecederaan serius lain akibat serangan tersebut.

Suspek dilaporkan melarikan diri selepas kejadian sebelum berjaya ditahan polis di Alor Setar semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker