Malaysia

Belum sempat jumpa pemilik baharu, Lamborghini tiada cukai jalan disita JPJ

Sebuah Lamborghini milik peniaga kenderaan terpakai disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans telah tamat tempoh selama 15 bulan.

Kenderaan mewah itu ditahan dalam pemeriksaan Ops Luxury di susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR) sekitar jam 10.05 pagi, ketika pemandu berusia 34 tahun sedang dalam perjalanan ke Setia Alam bagi urusan jual beli kereta tersebut.

Pemeriksaan mendapati kenderaan itu tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan selain gagal memperbaharui LKM dan insurans.

Semakan lanjut turut mendedahkan pemandu mempunyai rekod kesalahan lalu termasuk memandu tanpa lesen sah dan melanggar had laju.

Susulan itu, Lamborghini berkenaan disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa JPJ Ijok untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker