Malaysia
Warga emas maut selepas kereta tertusuk besi di kawasan kabel elektrik

Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke kawasan kerja pemasangan kabel elektrik di Jalan Thean Teik, Ayer Itam, pagi tadi.
Mangsa, Lim Soon Teik, 67, dari Paya Terubong, mengalami kecederaan parah di muka dan kepala selepas Toyota Vios dipandunya memasuki laluan yang ditutup sekitar jam 9.30 pagi sebelum terperosok ke dalam lubang.
Sebatang besi kemudian menembusi bahagian bawah kenderaan hingga ke bumbung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum kes diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan pada jam 11.05 pagi.




