Malaysia
Bukit Bintang ditutup sementara untuk Festival ‘I LITE U’ dan Sambutan Tahun Baharu 2026

Beberapa jalan utama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur akan ditutup sempena Festival ‘I LITE U’ dan sambutan Ambang Tahun Baharu 2026.
Penutupan Jalan Bukit Bintang dari Pavilion ke Hotel Federal serta Jalan Sultan Ismail dijadualkan:
- 31 Disember 2025, 5 petang – 2 pagi (Ambang Tahun Baharu)
- 1 Januari 2026, 6 – 11 malam (raptai festival)
- 3 Januari 2026, 6 petang – 12 tengah malam (acara rasmi ‘I LITE U’)
Festival ini menampilkan majlis pelancaran dan perarakan budaya sejauh 900 meter dengan 20 kontinjen termasuk tujuh pancaragam.
Penutupan dan pengurusan laluan dilakukan DBKL, manakala kenderaan VIP/VVIP disediakan pelekat khas.
Acara rasmi pada 3 Januari akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijangka diserikan oleh kehadiran pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.




