Malaysia
Suspek serang wartawan di Bangsar ditahan polis, direman tiga hari

Polis menahan seorang suspek berusia 37 tahun berhubung serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol, di Bangsar semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, memaklumkan bahawa suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana intimidasi jenayah.
Haresh, pengasas bersama portal TwentyTwo13, cedera di muka, tangan dan badan selepas diserang dua lelaki manakala seorang lagi merakam kejadian ketika beliau cuba melarikan diri.
Laporan polis dibuat sekitar jam 4 petang dengan menyatakan insiden berlaku selepas Haresh selesai makan tengah hari di sebuah restoran di Bangsar.




