Malaysia
Tular sampai luar negara, pelancong Malaysia dikecam buat malu negara

Tindakan sekumpulan pelancong Malaysia yang mempersenda penduduk tempatan ketika berada di China kini mendapat perhatian antarabangsa.
Mereka dikecam selepas video menunjukkan mereka menjerit, membuat isyarat menutup hidung dan menunjukkan tingkah laku yang dianggap tidak menghormati penduduk tempatan.di media sosial.
Susulan itu, ramai netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak beradab dan memalukan nama Malaysia, selain mengingatkan bahawa pelancong perlu menghormati budaya serta masyarakat negara yang dikunjungi.



