Harga minyak dunia turun selepas Selat Hormuz dibuka semula

Harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan selepas Selat Hormuz dibuka semula kepada kapal tangki minyak susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Pembukaan semula laluan perkapalan strategik itu dijangka meningkatkan bekalan minyak mentah ke pasaran global, sekali gus mengurangkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan yang sebelum ini menjejaskan pasaran tenaga dunia.
Setakat jam 1.46 pagi GMT, harga minyak mentah penanda aras Brent susut 54 sen atau 0.68 peratus kepada AS$78.31 setong. Pada masa sama, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat turut turun 46 sen atau 0.60 peratus kepada AS$76.14 setong.
Penganalisis pasaran berkata pembukaan semula Selat Hormuz memberi keyakinan bahawa bekalan minyak global akan kembali stabil selepas ketegangan konflik di Asia Barat sebelum ini menyebabkan harga komoditi itu meningkat.




