Hiburan

Dua Lipa kongsi foto perkahwinan mewah bersama Callum Turner di Sicily

Penyanyi terkenal Dua Lipa dan pelakon Callum Turner berkongsi foto rasmi perkahwinan mereka yang berlangsung dalam majlis mewah selama tiga hari di Sicily, Itali, awal Jun lalu.

Pasangan itu sebelum ini dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Old Marylebone Town Hall, London pada 31 Mei lalu.

Majlis sambutan diadakan di Villa Valguarnera, Bagheria di Palermo, Sicily, dengan kehadiran keluarga, rakan rapat dan beberapa selebriti terkenal. Dua Lipa tampil dalam gaun Chanel Haute Couture, manakala Callum Turner mengenakan sut Louis Vuitton.

Foto yang dimuat naik di media sosial memaparkan pelbagai momen sepanjang majlis, termasuk sesi bergambar romantik dan sambutan bersama tetamu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker