Hiburan

Nia Atasha capai impian, teraju utama filem romantik komedi ‘Kata Hati’

Pelakon dan model, Nia Atasha akhirnya berjaya merealisasikan impiannya apabila diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem romantik komedi Kata Hati yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 4 Jun lalu.

Dalam filem arahan Nadiah Hamzah itu, Nia membawakan watak Ayra Natasha, seorang pelakon popular yang berdepan pelbagai konflik dalam kehidupan dan percintaan.

Menurut Nia, peluang tersebut amat bermakna kerana sejak memulakan kerjaya lakonan sekitar lima tahun lalu, dia lebih banyak menerima watak sampingan dan sering dilabel sesuai untuk karakter serius atau filem seram.

Nia berkata, watak tersebut memberi peluang kepadanya menunjukkan sisi lakonan yang berbeza selain membuktikan dirinya mampu membawa karakter romantik komedi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker