Sekolah tutup ikut keadaan jerebu setempat, Fadhlina jelaskan sebab keputusan harian

Keputusan penutupan sekolah akibat jerebu akan dibuat berdasarkan keadaan kualiti udara di setiap kawasan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh berubah mengikut masa dan lokasi. Justeru, keputusan penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di kawasan terlibat.
Menerusi hantaran di Facebook, Fadhlina berkata beliau memahami kebimbangan ibu bapa yang mahu sekolah ditutup untuk beberapa hari bagi memudahkan urusan keluarga.
Beliau turut meminta supaya keputusan penutupan diumumkan seawal mungkin agar ibu bapa dapat membuat persiapan.
Bagi pelajar asrama, mereka disarankan kekal di asrama ketika sekolah ditutup akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan mereka terjamin.
Kementerian Pendidikan akan terus memantau situasi melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, selain memperbaiki penyampaian maklumat kepada ibu bapa.
Sekolah di kawasan dengan bacaan IPU melebihi 180 perlu ditutup, manakala kawasan yang mencatat bacaan melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut turut tertakluk kepada arahan penutupan.



