Malaysia

Kes RCI Tabung Haji, laporan siasatan bakal didedahkan hari ini

Laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada umum hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan laporan itu ditangguhkan kerana kerajaan mahu mengelakkan kebimbangan pencarum yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap Tabung Haji.

RCI itu meneliti isu berkaitan pengurusan serta dakwaan melibatkan penjualan aset strategik Tabung Haji. Anwar berkata, keadaan Tabung Haji kini lebih stabil selepas pengurusan baharu mengambil alih.

Pendedahan laporan itu dijangka memberi gambaran penuh mengenai hasil siasatan, selain menjawab persoalan orang ramai berkaitan isu yang pernah membabitkan institusi simpanan haji tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker