Sukan

Nishan Velupillay cipta sejarah, pemain berdarah Malaysia pertama beraksi di piala dunia

Pemain Australia, Nishan Velupillay, mencipta sejarah sebagai pemain pertama berdarah Tamil Malaysia beraksi di Piala Dunia FIFA apabila diturunkan ketika Australia menewaskan Turki 2-0 pada 14 Jun di Stadium Dallas, Amerika Syarikat.

Pemain berusia 25 tahun itu masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64, membantu Australia berada dalam kedudukan baik untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Kumpulan D.

Nishan yang bermain untuk Melbourne Victory mempunyai kaitan dengan Malaysia melalui bapanya, Sasinath Velupillay, yang dilahirkan di negara ini sebelum berhijrah ke Australia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker