Malaysia
Ibu bapa boleh tak hantar anak ke sekolah kerana jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang keadaan kesihatan susulan jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa hanya perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Tambahan, Sekolah akan menghentikan aktiviti luar apabila IPU melebihi 100 dan ditutup jika bacaan melebihi 200.




