Malaysia

Polis tetap adakan sekatan jalan raya ketika JPJ mahu beralih kepada ANPR

Polis akan meneruskan sekatan jalan raya fizikal seperti biasa walaupun Kementerian Pengangkutan menggalakkan JPJ beralih kepada penguatkuasaan berasaskan teknologi.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, menjelaskan penggunaan teknologi seperti Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) hanya melibatkan JPJ dan tidak terpakai kepada operasi polis.

Menurutnya, peranan serta pendekatan penguatkuasaan polis berbeza dan sekatan jalan raya kekal penting bagi memastikan keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan kerajaan mahu mengurangkan sekatan fizikal yang mencetuskan kesesakan dengan menggunakan ANPR bagi semakan cukai jalan dan insurans secara automatik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker