Malaysia

Diskaun tol Tahun Baharu Cina minggu depan akan diumumkan kerajaan

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan bertujuan mengurangkan kos perjalanan rakyat serta memudahkan perancangan pulang ke kampung sempena musim perayaan.

Perincian lanjut termasuk kadar diskaun dan kelas kenderaan akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat.

Tahun Baharu Cina 2026 disambut pada 17 Februari dengan cuti umum dua hari hingga 18 Februari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker