Malaysia

Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125, tiket dijual November ini

Tambang kelas ekonomi bagi perkhidmatan Ekspres Rail Link Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu bermula RM125 sehala, manakala perkhidmatan Ekspres ditawarkan pada harga RM147.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, struktur tambang itu diluluskan kerajaan pada 16 Oktober lalu, dengan harga tiket bergantung pada permintaan dan ketersediaan tempat duduk.

Tiket dijangka mula dijual pada pertengahan November ini, manakala operasi penumpang disasarkan bermula 12 Disember tahun ini, tertakluk kepada kelulusan keselamatan.

Diskaun turut ditawarkan kepada kanak-kanak, warga emas, pemegang kad OKU, pesara kerajaan dan pelajar berusia 13 hingga 24 tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker