Malaysia
Remaja 16 tahun diselamatkan daripada eksploitasi seksual, dua lekaki ditahan

Dua lelaki ditahan polis selepas seorang remaja perempuan berusia 16 tahun diselamatkan daripada eksploitasi seksual di Arau, Perlis, pada Isnin malam, 19 Oktober.
Ketua Polis Perlis, Hamzah Hashim, berkata serbuan dilakukan di sebuah premis di Arau pada jam 11.15 malam selepas polis menjalankan siasatan dan risikan.
Kedua-dua suspek dipercayai mempromosikan aktiviti pelacuran melalui aplikasi media sosial sebelum mengeksploitasi mangsa untuk tujuan seksual.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran serta Seksyen 372 Kanun Keseksaan berkaitan eksploitasi seseorang untuk tujuan pelacuran.




