Malaysia
PAS sedia peguam untuk penjawat awam sertai perhimpunan Turun Anwar

PAS menyatakan kesediaan memberikan khidmat guaman kepada penjawat awam yang berdepan tindakan kerana menyertai Himpunan Turun Anwar, Sabtu ini.
Parti itu menegaskan bahawa hak untuk berhimpun dijamin Perlembagaan, termasuk bagi penjawat awam.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi bayangan bahawa lebih ramai peserta dijangka turun ke jalanan susulan reaksi rakyat terhadap pengumuman terbaru Perdana Menteri.
PAS juga mengingatkan agar peserta mematuhi peraturan, elak provokasi dan kekal dalam semangat himpunan aman.
Dengan gelombang sokongan yang kian meningkat, himpunan yang dijangka 300,000 peserta mungkin menyaksikan angka lebih besar menjadikan ia antara protes terbesar era pentadbiran Anwar.




