Malaysia
Ron97 jatuh 20 sen, ron95 tanpa subsidi turun 15 sen mulai esok

Harga petrol RON97 turun 20 sen kepada RM4.15 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.62 seliter.
Harga baharu itu berkuat kuasa mulai Khamis, 13 Ogos hingga Rabu, 19 Ogos, menurut Kementerian Kewangan hari ini.
Sementara itu, harga diesel tanpa subsidi turut turun 10 sen kepada RM4.47 seliter. Penurunan ini dibuat berdasarkan perubahan harga produk petroleum di pasaran dunia.
Bagi RON95 bersubsidi di bawah skim BUDI95, harganya kekal RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia yang layak.




